BN sekali lagi dijangka akan mengekalkan majoriti kemenangan yang besar di DUN Balingian. Banyak pembangunan yang telah berjaya dilaksanakan oleh penyandang sebelum ini. Pengundi Balingian semestinya akan memilih calon yang mampu meneruskan pembangunan yang ada sekarang. Dan sudah pastinya pengundi tidak akan memilih calon yang belum terbukti kebolehannya..
Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan akan memilih calon paling sesuai untuk bertanding di kawasan tersebut, kata PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita sedang tunggu tarikh pilihan raya yang akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta BN Sarawak akan sediakan calon yang paling sesuai untuk kawasan tersebut,” katanya.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BN.
Kerusi DUN Balingian yang disandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak,Jumaat.
Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima bagi menggantikan Taib.
Najib berkata Adenan dilantik menjadi Pengerusi BN Sarawak atas kapasitinya sebagai ketua menteri baharu.
ENTER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan