Selasa, 18 Mac 2014

SENTIMEN AGAMA DI BALINGIAN

Menyedari tiada kekuatan pada diri mereka (Parti KeAdilan Rakyat) di Balingian untuk memenangi kerusi tersebut, sentimen agama pula dimainkan. Tindakan satu portal (boleh rujuk DI SINI) memainkan isu tersebut amatlah tidak wajar apatah lagi di negeri sarawak ini amnya dan kawasan balingian khasnya.

Antara lain yang dinyatakan dalam portal tersebut, "Maka itu, pengundi di kawasan balingian, terutama orang Islam, perlulah menolak calon kristian dari Bn ini dan memilih calon dari Pakatan Rakyat, Abdul Jalil Bujang. Hanya Abdul Jalil saja yang boleh memenuhi semua keperluan masyarakat Melanau Islam di Balingian, berbanding dengan Yussibnosh Balo - seorang kristian (perlu sebut berulang kali, takut orang lupa). Lagipun kalau mengundi Yussibnosh, kebimbangannya ialah aktiviti memurtadkan orang Islam masuk ke dalam agama kristian akan menjadi-jadi di kawasan itu"

KH- PKR ketandusan isu. bertahun-tahun yussibnosh berkhidmat di kawasan tersebut, tidak ada pulak isu masok kristian. PR ni memang kebodohan terselah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...