Selasa, 24 Jun 2014

SEKUPANGDUA: ALASAN SEBAB HIDUP SUSAH ANAK OKU DIABAIKAN.

SEKUPANGDUA: ALASAN SEBAB HIDUP SUSAH ANAK OKU DIABAIKAN.: Apa sekali alasan nya... Bagi aku dia kejam!!! Jgn bagi alasan. Kenapa tak hantar tempat asuhan, rumah kebajikan, kat rumah anak-ana...

UnReportedNews™®: JENTERA BN SARAWAK SUDAH SIAP SEDIA UNTUK PILIHAN ...

UnReportedNews™®: JENTERA BN SARAWAK SUDAH SIAP SEDIA UNTUK PILIHAN ...: KUCHING: Jentera Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi apa jua perubahan politik dan jug...

UnReportedNews™®: GENG GADIS "PAILANG" TUMBUK RAKAN SEKOLAH DIDAKWA!...

UnReportedNews™®: GENG GADIS "PAILANG" TUMBUK RAKAN SEKOLAH DIDAKWA!...: Nasib tiga pelajar mengaku bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan ke atas seorang pelajar lain diketahui 11 Julai depan. KOTA S...

Selasa, 20 Mei 2014

FITNAH TERHADAP TERAS BERMULA


Sumberdari http://theunreportednews.blogspot.com/2014/05/fitnah-ke-atas-teras-bermula.html#.U3r-FZ6wotD

Surat layang ini dikatakan telah diedarkan di Bandaraya Kuching memburukkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang baru di anggotai bekas Presiden Parti Demokratik Progressif Sarawak (SPDP) yang juga Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri Datuk Sri William Mawan Ikom.
Surat tersebut secara terang-terangan memburukkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan komuniti dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu Dato Seri Wong Soon Koh serta tidak menggalakkan ahli-ahli SUPP menyertai TERAS dengan alasan berbaur perkauman.

Sekata ini, TERAS dianggotai Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal Rosey Yunus, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan ADUN Pelagus George Lagong.

Artikel lengkap DI SINI

Sabtu, 17 Mei 2014

TNB NAIK?????

KH merasakan isu yang dibangkitkan dan diketengahkan oleh macai macai sejak 2, 3 hari ini bukanlah atas dasar tahu dan pandai. Sebaliknya hanyalah sebuah retorik dalam menagih simpati. Ataupun tahu tapi buat buat tak tahu. Ataupun sengaja tak tahu dan sengaja tak mahu ambil tahu. Entah entah memang sepsis yang tak tahu menahu.
 
KH malas nak ulas panjang... BACA DI SINI untuk yang lebih sohih dan berfakta
 
Petikan : Fakta sebenar ucapan PM semalam ialah menggesa kaki tangan TNB meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif elektrik pada Januari lalu.
 
Namun yang lebih penting ialah kenyataan Perdana Menteri sangat bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan oleh pengguna media sosial.

Sebaliknya kenyataan Perdana Menteri ini sepatutnya mendapat respon baik rakyat kerana beliau menggesa TNB meningkatkan kualiti perkhidmatan.



Selasa, 25 Mac 2014

APA ITU DRONE AEROSPACE SYSTEM



Rata-rata kita sebagai orang awam tidak mengenali peralatan canggih ini. Dari mana ia datang, siapa pencipta, dan untuk tmujuan apa...

Berdasarkan sumber, Amerika kini dalam proses mengundur diri dari Afghanistan dan dalam usaha tersebut, salah satu peralatan mereka iaitu alat kawalan sistem drone (digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas.

Kisah ini telah belum lama berlaku sekitar awal tahun 2014. Namun pada tahun tahun sebelumnya sudah ada pun beberapa portal mengenengahkan peristiwa tersebut. Sumber lain boleh rujuk DI SINI dan DI SINI.

Namun begitu kenyataan di atas ianya hanyalah satu sumber yang boleh difikirkan bersama untuk menambahkan pengetahuan kita tentang globalisasi dunia masa kini.

KH-baru tau juge!!!!!

MERUNGKAI MH370




PC bersama DS Najib pada 24 Mac 2014 10 mlm. Tweet DS Najib DI SINI


RINGKASAN BERITA YANG DIKETAHUI

1. Boeng 777-200 penerbangan MH370 berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) menuju destinasi Beijing pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014 membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew termasuk pilot dan co-pilot. Hanya seramai lebih kurang 38 orang sahaja penumpang warganegara Malaysia dan sekitar 10 orang sahaja berbangsa Melayu selebihnya adalah sekitar 152 orang warganegara China dan bakinya adalah pelancong asing daripada Ukraine, Australia dan negara-negara lain

2. Selang beberapa jam selepas itu, raadar kawalan terputus hubungan dengan pesawat.

3. Operasi SAR dimulakan awal 8 Mac 2014

4. Pelbagai negara menghulurkan bantuan

5. Spekulasi, andaian, fakta, auta semuanya berlegar di ruangan media maya dan bukan maya

5. 24 Mac 2014 10 mlm PM DS Najib buat PC : "Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,"


RINGKASAN BERITA YANG KURANG DIKETAHUI


1. Batu Perak

2. Selat Melaka

3. Laut Cina Selatan

4. "False Flag"

5. Bani Tamim? (boleh membuaterkan orang melayu berkhayal)

6. Shang-Hai Co-Operation

7. Blok kapitalis-zionis

8. New World Order (NWO)

9. Andaman, Diego Garcia, koridor utara, koridor selatan

10. Passport

11. Manggis

12. Khazanah

13. Kotak hitam

14. dan banyak lagi.....................


KH - sebenarnya banyak yang hendak KH coretkan. seperti mana yang KH postkan d wall FB KH - . Namun biarlah seketika.. Yang pasti KH berbangga mempunyai pemimpin negara yang bijak

Rabu, 19 Mac 2014

MAK JEMAH : Kak Wan Jijah [ #prkkajang #prkn25 #n25 ]



KH suke bile ade awek mcm ni...da kawin ke? hihih....

Selasa, 18 Mac 2014

SENTIMEN AGAMA DI BALINGIAN

Menyedari tiada kekuatan pada diri mereka (Parti KeAdilan Rakyat) di Balingian untuk memenangi kerusi tersebut, sentimen agama pula dimainkan. Tindakan satu portal (boleh rujuk DI SINI) memainkan isu tersebut amatlah tidak wajar apatah lagi di negeri sarawak ini amnya dan kawasan balingian khasnya.

Antara lain yang dinyatakan dalam portal tersebut, "Maka itu, pengundi di kawasan balingian, terutama orang Islam, perlulah menolak calon kristian dari Bn ini dan memilih calon dari Pakatan Rakyat, Abdul Jalil Bujang. Hanya Abdul Jalil saja yang boleh memenuhi semua keperluan masyarakat Melanau Islam di Balingian, berbanding dengan Yussibnosh Balo - seorang kristian (perlu sebut berulang kali, takut orang lupa). Lagipun kalau mengundi Yussibnosh, kebimbangannya ialah aktiviti memurtadkan orang Islam masuk ke dalam agama kristian akan menjadi-jadi di kawasan itu"

KH- PKR ketandusan isu. bertahun-tahun yussibnosh berkhidmat di kawasan tersebut, tidak ada pulak isu masok kristian. PR ni memang kebodohan terselah

Ahad, 16 Mac 2014

LAPANGAN TERBANG MUKAH 133 JUTA BUKAN KEPERLUAN UTAMA RAKYAT??

KH bukan sengaja untuk tidak bersetuju. Namun suara-suara rakyat juga haruslah didengari demi menambahbaik segala perancangan agenda yang ada dan juga untuk masa akan datang.

Ramai di kalangan warga mukah khususnya dan rakyat sarawak amnya memberi pandangan, apakah belum ada keperluan yang lebih penting dan lebih utama selain dari penambahbaikkan lapangan terbang 133 juta? Jalan raya sarawak satu usaha yang belum ada kedengaran perkembangannya semenjak PRU yang lepas. Bahkan belum ada disebarkan kepada rakyat sarawak biarpun menteri kerja raya malaysia sekarang dari sarawak. Tidak ketinggalan jua tahap infrastrukutr dan frasarana pendidikan yang sudah menjadi perkara basi. Di tambah lagi dengan acuan sistem pendidikan yang tidak menentu berubah setiap masa.

KH sebagai pemerhati merasakan ada jua benarnya luahan yang dinyatakan. Cumanya menjadi kebiasaan bagi manusia, yang buruk akan jadi tumpuan, yang baik disalah ertikan. KH merasakan banyak yang perlu dijelaskan secara telus agar tidak menimbulkan tanda tanya dan persoalan orang ramai.

Peruntukan 133 juta dari kerajaan pusat berhubung dengan penambahbaikkan lapangan terbang mukah seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin selepas beliau mengumumkan calon BN di dewan suarah mukah semalam. Katanya lagi, ini adalah salah satu usaha membangunkan mukah untuk yang bakal menjadi Pusat Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). Dalam pada itu juga TPM menyatakan tentang perancangan kerajaan untuk membina Sekolah Keb.  Tellian dan SK Menengah Balingian dlm RMK-11 sekaligus membuktikan kerajaan pusat perihatin terhadap frasarana dan insfrastrukur tanpa mengira lokasi.



CALON PKR BALINGIAN??

Sumber maklumat dalaman dari PKR iaitu calon PKR buat PRK Balingian adalah Pengerusi Hikmah Bintulu Haji Jalil Bujang yang berasal dari Kampung Sibiew, Bintulu.

Jalil, 53, bekas pekerja MLNG yang kini menjalankan perniagaan sendiri juga merupakan mantan calon yang bertanding di atas tiket PKR menentang Datuk Haji Talib Zulpilip dalam PRN ke-10 yang lalu.

Difahamkan Jalil telah menerima watikah pencalonan PKR bagi PRK Balingan dari Ketua Umum Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis yang diadakan di Sibu petang tadi.

Dijangkakan pemimpin kanan PKR Azmin Ali yang akan mengetuai PKR pada hari penamaan calon pada 17 Mac ini di Dewan Suarah, Mukah.

Sabtu, 15 Mac 2014

RAFIDIN CALON PKR DI PRK BALINGIAN??

SIBU: Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nangka, Abdul Rafidin Majidi tetap berdiam diri mengenai laporan berita bahawa dia antara tiga calon yang disebut-sebut parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.
Rafidin, 31, menganggap namanya yang disebut itu hanyalah khabar angin dan kebenarannya masih belum dapat dipastikan.
“Setakat ini, biarlah saya berdiam diri dahulu. Saya enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin itu,” katanya di sini semalam.
Beliau merupakan seorang peguam berasal dari Sibu masih terkejut dengan khabar angin itu namun sudah dimaklumkan mengenai spekulasi yang menyebut namanya menjadi calon PKR pada PRK DUN Balingian.
“Memang saya dari PKR dan saya adalah orang Sibu. PRK adalah di Balingian dan saya bukannya orang Balingian. Saya rasa anda faham maksud saya ini,” jelasnya.
Ditanya adakah Pengerusi PKR negeri Baru Bian menemui beliau sebelum ini, Rafidin menjelaskan, dia langsung tidak menemui Baru.
“Biarlah Baru membuat pengumumannya nanti. Saya tidak akan memberi komen lanjut mengenai perkara itu sehingga pengerusi kita mengumumkan siapa calonnya. Terserah kepada pengerusi untuk memilih calon yang sesuai,” tambah beliau.
Baru dalam petikan laporannya semalam memberitahu bahawa PKR mengumumkan calon parti itu pada PRK DUN Balingian hari ini (Sabtu) selepas mengadakan mesyuarat di Sibu.
Jelasnya, PKR sudah mengenal pasti tiga calon berpotensi dua daripadanya merupakan anak jati Melanau manakala seorang lagi merupakan individu luar.
Bagaimanapun, Baru enggan mendedahkan identiti ataupun petunjuk calon mereka yang akan bertanding pada PRK DUN Balingian sehingga tiba masanya.

Read more: http://www.theborneopost.com

BERITA MANAH ARI BALINGIAN

He was chosen because he has been known to mantian very close with the grassroots as well as the local elected representatives

Polis juga bimbang dengan kemasukan ramai orang luar, khususnya dari luar Mukah dan Sarawak, yang datang ke sini menjelang pilihan raya kecil itu dan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, katanya. - BERNAMA  Selanjutnya DI SINI

KILANG DI SERIAN MELETUP

Sumber Berita Harian

Asap tebal menjulang di udara selepas sebuah kilang memproses gas accetylene terbakar dan meletup di Serian, Sarawak kira-kirajam 4 petang tadi. Artikel lanjut DI SINI




Jumaat, 14 Mac 2014

VIDEO BOMOH MH370

Desas desus bomoh mh370 dijemput oleh pemimpin tertinggi negara? KH rasa itu spin puak macai PR aja. Ramai orang tak tau. Ramai orang tak ingat. Atau pun ramai yang buat buat lupa.. Tak yah cakap banyak. Jom tonton video ini ---->>  klik

Khamis, 13 Mac 2014

DAP SARAWAK TIPU???

Namun apa yang pelik di sini ialah ini bukanlah satu bentuk bantuan yang ikhlas dari DAP dimana pemohon tersebut diminta membayar pinjaman selama 20 tahun dengan perlu membayar 10 peratus daripada hasil  jualan selepas 2 tahun. Baca Di SINI



KH-CINA DAP PENIPU

CALON PRK BALINGIAN

Calon BN untuk DUN Balingian akan diumumkan pada 15 Mac, semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Mukah sabtu ini.
 
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberitahu demikian dalam sidang media hari ini.
Adnan berkata calon tersebut seorang Melanau Kristian yang bukan sahaja kelahiran tempatan, tapi juga cukup dikenali dikalangan masyarakat N51 Balingian.
 
Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang identiti calon yang dimaksudkan.
Kenyataan itu telah menutup teka-teka yang mengatakan Adenan akan mengumumkan nama calon berkenaan hari ini.
 
Tan Sri Adenan  mempengerusikan mesyuarat persediaan PRK N51 Balingian di Ibu Pejabat PBB, di Kuching sebentar tadi. Selanjutnya di sini

KEH!!! KEH!!! KEH!!! KEH!!!


Selasa, 11 Mac 2014

MISTERI MENGESAN SIAPA "EN ALI" DALAM MH370?


Ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi. Baca selanjutnya di sini

MH370 BERITA TERKINI



Dapatkan berita terkini tragedi pesawat MH370 di sini

Isnin, 10 Mac 2014

I BAGI KAT U JER LA DARLING?

KAJANG: Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih sebagai calon pakatan rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Mac ini. Artikel lanjut di sini

KH - parti anak beranak

BEZA AZIZAH DAN ROSMAH

Air mata one azizah hanya utk PELIWAT
air mata Hajah Rosmah utk rakyat

Pagi tadi, Datin Seri Rosmah Mansor bukan turun sebagai isteri PM tetapi sebagai seorang insan yang mengambil berat tentang kesusahan dan kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga flight MH370 yang masih hilang hingga ke saat ini. Baca di sini 

Sabtu, 8 Mac 2014

PUAK PR AKAN LANCARKAN REFORMASI ESOK DI SETIA CITY CONVENTION CENTRE??

TRAGEDI MH370


SALAH SEORANG CREW MH370 adalah BANGSA SARAWAK iaitu Saudara Andrew Nari from Sibu. DOA KAMI BANGSA SARAWAK untuk beliau dan seluruh penumpang MH370. Semoga segalanya berakhir dengan baik. Amin

PRN BALINGIAN 2001-2011


KH - Pencapaian Taib 3 Tahun

Jumaat, 7 Mac 2014

ANWAR BERSALAH LIWAT SAIFUL-MAHKAMAH

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. 

Sumber: Berita Harian

MACAI Pakatan Rakyat Kuat Fitnah?


Lagi satu kenyataan yang tidak berasas daripada blog pro pembangkang yang sememangnya diketahui umum berfikiran sempit bahkan tidak mampu menjangkau pemikiran sebagai seorang yang berpandangan jauh serta berkaliber. Kenyataan yang dikeluarkan oleh William Mango pada 4 Mac 2014 (PrtSc di bawah, boleh rujuk artikel lengkap DI SINIsekaligus seolah-olah ingin memberitahu orang ramai bahawa Pehin Seri Taib melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri SEMATA-MATA untuk duduk di kerusi TYT.
KH beranggapan tuduhan dan fitnah kosong seperti ini hanyalah layak ditujukan kepada pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat yang sinonim dengan kegilaan kuasa dan pangkat.

Dalam artikel tersebut juga dinyatakan tentang isu yang akan digunakan oleh PR dalam kempen PRK mereka nanti KONONNYA tentang rasuah, perniagaan kroni dan perlantikan pemimpin BN negeri juga dengan menggunakan kaedah turun ke bawah dan memberitahu orang ramai.

#KH - Pakatan Rakyat suka fitnah. Balingian sedar siapa PR

AFC Club



Malaysia, playing with 10-man for almost the entire match, pulled off an amazing result by beating Yemen 2-1 in a Group D 2015 Asian Cup Qualifying match at the Tahnon Bin Mohamed Stadium in Al Ain City, Dubai last night.

More article HERE

SIAPA PENGANTI TAIB DI BALINGIAN?????

BN sekali lagi dijangka akan mengekalkan majoriti kemenangan yang besar di DUN Balingian. Banyak pembangunan yang telah berjaya dilaksanakan oleh penyandang sebelum ini. Pengundi Balingian semestinya akan memilih calon yang mampu meneruskan pembangunan yang ada sekarang. Dan sudah pastinya pengundi tidak akan memilih calon yang belum terbukti kebolehannya.. 

Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan akan memilih calon paling sesuai untuk bertanding di kawasan tersebut, kata PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kita sedang tunggu tarikh pilihan raya yang akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta BN Sarawak akan sediakan calon yang paling sesuai untuk kawasan tersebut,” katanya. Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BN. Kerusi DUN Balingian yang disandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak,Jumaat. Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima bagi menggantikan Taib. Najib berkata Adenan dilantik menjadi Pengerusi BN Sarawak atas kapasitinya sebagai ketua menteri baharu.

ENTER
 

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...