KH bukan sengaja untuk tidak bersetuju. Namun suara-suara rakyat juga haruslah didengari demi menambahbaik segala perancangan agenda yang ada dan juga untuk masa akan datang.
Ramai di kalangan warga mukah khususnya dan rakyat sarawak amnya memberi pandangan, apakah belum ada keperluan yang lebih penting dan lebih utama selain dari penambahbaikkan lapangan terbang 133 juta? Jalan raya sarawak satu usaha yang belum ada kedengaran perkembangannya semenjak PRU yang lepas. Bahkan belum ada disebarkan kepada rakyat sarawak biarpun menteri kerja raya malaysia sekarang dari sarawak. Tidak ketinggalan jua tahap infrastrukutr dan frasarana pendidikan yang sudah menjadi perkara basi. Di tambah lagi dengan acuan sistem pendidikan yang tidak menentu berubah setiap masa.
KH sebagai pemerhati merasakan ada jua benarnya luahan yang dinyatakan. Cumanya menjadi kebiasaan bagi manusia, yang buruk akan jadi tumpuan, yang baik disalah ertikan. KH merasakan banyak yang perlu dijelaskan secara telus agar tidak menimbulkan tanda tanya dan persoalan orang ramai.
Peruntukan 133 juta dari kerajaan pusat berhubung dengan penambahbaikkan lapangan terbang mukah seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin selepas beliau mengumumkan calon BN di dewan suarah mukah semalam. Katanya lagi, ini adalah salah satu usaha membangunkan mukah untuk yang bakal menjadi Pusat Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). Dalam pada itu juga TPM menyatakan tentang perancangan kerajaan untuk membina Sekolah Keb. Tellian dan SK Menengah Balingian dlm RMK-11 sekaligus membuktikan kerajaan pusat perihatin terhadap frasarana dan insfrastrukur tanpa mengira lokasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan